FOLLOW | DASHBOARD.


Entry About Shout Misc1
interview...^^
Dah lama rupanya x update this blog...haa*mengeluh  ..haha kalau di fikir kan..xdek apa2 nak di story kan..berbalik kepada tajuk post nie #Interview... baru semalam ada interview kt UITM untuk course PI020-ASASI TESL..haa..malam sebelum..sebelum..sebelum..sebelumnye...mak dapat sms dari no yang tidak dikenali suruh check kat website UITM pasal panggilan temuduga..

jari kt papan kekunci masukkan url..
bila dah buka masukkan no k/p
*mata pejam sebelum tekan enter
bila dah masuk..terus lari pergi ruang tamu
'mak kakak dapat'
'yeke..bile..'
'isnin nie..camne nie..'
'ayah..'
'pergi je la..macam xboleh antar pula..'
'kakak nie kalo dapat boleh jadi cikgu ke..'
'aah..boleh jadi cikgu.hehe..'
*ayah memang nak sangat tengok anak die jadi cikgu

so petang ahad dah pergi dah shah alam..sebab interview hari isnin..kalau pergi terus hari isnin pun boleh..tapi waktu itu first time dengar UITM kt seksyen 17..hah..kene tengok dulu la kt mana tempat dia..sebab bukan kampus induk UITM..malam itu tidur kt seksyen 7..regular hotel..*tahun ini banyak program kt shah alam.. malam itu tak boleh tidur langsung..nervous.. x lah..adik tidur lasak sangat..esoknya pukul 7 dah siap dah..breakfast..and bertolak to UITM..takut jalan sesak nanti lambat sebab mula pukul 8.30 pagi..sampai sahaja terus pergi cari nama...nasib baik interview waktu pagi..kalau sesi petang hah..lama lah nak tunggu..xkesah..tapi kesian pula kt parents yang menunggu..

masuk library nak ujian bertulis dulu
objektif 15 soalan and 1 esei..
hah..lama xbuat ujian..rasa kekok pula pegang pen..
part esei pula pasal keburukan social networks kepada teenagers
karang je la...hantam je laa...hahaha
1 jam je ujian bertulis 8.30-9.30..
tapi ada juga yang datang lambat tapi diorang boleh lagi jawab ujian
siap sahaja ujian terus pergi tandas *sakit perut*
bila keluar tandas *terkajut* why??
nampak ada seorang boys tengah basuh tangan
dia pun terkejut 
rupanya salah masuk tandas *tutup muka* *malu*
terus je keluar x tengok belakang dah..

dari jam 9.30 terus tunggu sampai jam 11.30..duduk kt meja bulat nie...and berborak lah dengan a few student yang senasib juga..menunggu..bila tengok bilik sebelah..student x sampai 10 minit pun interview..
tapi bilik yang nak interview nie..hah..lama nye..demi membuang masa berborak la..dengan a few student tue..hehe...student no 9..10..dah siap dah..my turn no 11..so menunggu laa bunyi loceng..first macam dengar bunyi tai budak nie cakap bunyi talipon..second time macam dengar juga..tapi xkuat..yang third time..baru  dengar..

bangun..baca basmalah..terus tolak pintu bilik
pergi ke meje penemuduga tue n bagi bagi dokumen yang die nak
*perbualan di bawah dalam english*
'ok sila duduk'
duduk
'selesakan diri anda'
memang nak duduk rapat kat kerusi..tapi kaki x cecah lantai..
*sedar diri ketot*
senyum
'ape perasaan awak'
'gementar'
'kenapa?'
'first time temuduga'
'yeke..ok tenangkan hati awak'
'ok'
'tesl pilihan yang ke berapa'
'2'
'yang pertama'
'akaun'
'kat mana'
'UITM'
'ceritakan latar belakang'
~panjang sangat~
'macam mana nak jadi guru yang baik'
~~
'selalu kene marah dengan cikgu..kenapa'
xpikir pon terus je jawab baru akil baligh *penemuduga gelak* 
'isu semasa yang berlaku kebelakangan ini'
'gempa bumi.....'
'isu dalam dunia pendidikan'
'mahasiswa buat bantah ptptn..auku'
'apa itu auku..'
'akta universiti k universiti'
'k itu kolej'
'ya akta universiti kolej universiti'
'pandangan awak mengenai ptptn, awak setuju?'
'sebenarnya saya kurang bersetuju kerana pelajar telah berhutang sebulum mereka bekerja dan mereka tidak semestinya dijamin mendapat pekerjaan keluar dari universiti'
'ada pendapat awak adakah kita perlu membayar duit ptptn'
'kita wajib membayarnya kerana kita telah menggunakannya dan itu adalah hutang kita'
'ok..terima kasih dan anda boleh keluar..'
'terima kasih..'

keluar je dari bilik temuduga bebudak yang lepak tadi cakap memang lama temuduga..nak dekat 1/2 jam.. *terkejut* sebab x rasa lama pun kat dalam...salam bebudak nie and heading home..hehe...cite kat mak..mak gelak pasal kaki x cecah lantai waktu duduk..hehe..daa ketot..nak buat camne..hehe..

*menunggu tawaran*
*memandang ke arah masa depan*

p/s----> xdek gambar..enset mati takde bateri 

OLDER POST